Bab 5
“DIELA, awak
dah jumpa ke
pengganti awak?” Arrayyan
menyindir Diela dengan
senyuman senget lagi
sinis. Diela rasa
tercabar dengan sindiran
Arrayyan yang kedengaran
sungguh angkuh dan kasar itu.
Dia kemudiannya menjawab
dengan yakin sekali;
“Sudah bos!”
namun lain pula
katanya di dalam
hati. ‘Aduhai. Cari
penyakit tak sudah
aku ni! Manalah
nak jumpa orang
yang sanggup bekerja
dengan Arrayyan ni?
Kalau tak ada
nanti, macam mana
pula ya?’ Arrayyan
tersenyum sinis bagaikan
memperkecilkan Diela. Mata
bundarnya dikecilkan bersama
cebikan mengejeknya. Punggung
disandar ke meja
kerjanya sambil berpeluk
tubuh. Kaki disilangkan
dengan segak.
“Dia tu macam
mana orangnya? Telinga
dia besar macam
awak jugak ke?” Arrayyan
berterusan menganjing-anjingkan pekerjanya
yang kelihatan cukup
tenang tetapi sudah
berubah pucat rona
kulitnya. Dia tahu,
Diela masih belum
mampu mencari penggantinya
lagi. Tengok air
muka gelabah Diela
pun, Arrayyan boleh
tahu.
“Orangnya cantik,
manis, telinga tak
besar macam saya,
langsing, tinggi sikit
daripada saya, berkarisma,
hidung mancung, mata
cantik, gigi tersusun,
jalan lenggang lenggok
tali kecapi,” Diela
menyebut satu persatu
perwatakan sahabat karibnya,
Abby! Entah kenapa
dia boleh menyenaraikan
ciri-ciri Abby kepada
bosnya pun dia
tidak tahu. Tapi,
dia nampak Abby
di wajah Arrayyan!
“Baiklah, saya
nak awak bawa
dia pada hari
awak berhenti kerja
nanti. Dia sebagai
pengganti awak, jadi
awak perlu mengajarnya
terlebih dahulu sebelum
dia boleh bekerja
dengan saya,” Arrayyan
berkata dengan nada
mengejek. Tidak percaya
langsung dia pada
kata-kata Diela itu.
“Baik bos!”
Diela berkata dengan
penuh kemarahan tetapi cuba
ditahan. Arrayyan tersenyum
sinis sambil berjalan
ke kerusi sandarnya.
Dia kemudiannya mengarahkan
Diela untuk meninggalkan
dia bersendirian di
bilik pejabatnya itu.
Diela akur. Sedikitpun
dia tidak membantah
malah dia lebih
suka untuk keluar
daripada neraka itu.
Sepanjang masa
bekerja, Diela terpaksa
berulang-alik dari laman
web blog Abby
ke laman web
gmailnya. Dia mahu
melihat pada respons
orang ramai terhadap
kerja kosong ini.
“Baru ada
satu respons? Esh. Susahnya
nak cari pekerja
baru untuk bos
cerewet aku ni!
Lagi dua hari
sahaja tempoh yang
tinggal. Aduhai. Kena speed
laju-laju ni,” Diela
berkata sendirian. Sekejap-sekejap dia
menekan butang ‘minimize’ kerana
dia harus menyiapkan
sedikit lagi tugasan
untuk bosnya yang
kejam itu.
Tiba-tiba, dia
disergah dari luar. Azham sedang
membuat muka gelabah.
Diela jadi tidak
sedap hati. Aduhai.
Kenapa muka Azham
gelabah semacam sahaja
ni? Macam ada
masalah...
“Kenapa Zaham?”
Diela bertanya kalut.
“Diela, Dato’
turun padang!!!” Azham
terjerit-jerit kalut. Diela
terbelalak. Alahai! Masalah
besar. Masalah besar!!!
Dia ikut kalut.
Dia mengemas apa
yang patut. Menyusun
segala dokumennya dengan
kemas dan meluru
keluar bagi menyambut
kedatangan Dato’ Zainuddin.
Habislah!
“ASSALAMUALAIKUM..”Abby
terdengar suara Diela
memberi salam. Diela
dilihatnya sedang melangkah
masuk ke rumah
sewa mereka dengan
langkah longlai. Kasihannya.
Tentu ada lagi
hinaan daripada Arrayyan
seperti hari-hari sebelumnya.
“What’swrong?” Abby
menyoal setelah menjawab
salam yang diberi
Diela. Diela mengeluh
kuat. Mukanya masam
mencuka. Geram.
“Biasalah, kena
tengking. Bos salah
letak fail, aku
dimaki sesuka hati.
Bukan salah letak
sebenarnya, tapi fail
itu dia dah
pegang sekali dengan
fail lain. Dia
kata aku cuailah,
apalah,” Diela mengeluh
hampa dengan sikap
bosnya yang garang
macam harimau jadian
itu. Teringat kejadian
di pejabat tadi,
membuatkan dia rasa
nak tembak si
bos itu dengan
rifle. Tak ada
rifle, revolver mainan
pun jadi!
“Alahai. Kalau
aku jadi kau,
dah lama aku
tempelaknya bos kau
tu,” Abby berkata
bengang. Simpatinya jatuh
pada Diela. Kasihan
Diela. Diela mengeluh
sekali lagi. Bukan
salahnya pun dia
tetap terkena juga.
Kalau Abby yang
berhadapan dengan bosnya
itu, tentu tak
sampai dua bulan
bos itu dilentur.
Abby sangat merbahaya!
Nampak lembut tetapi
berbisa. Kenapalah Abby
tidak mahu menggantikan
dia?
“Hajat hati
memang nak tempelak
jugak. Dengan tempeleng
sekali. Disuruhnya aku
cari sampai dapat.
Aku dah macam
orang gila menyelongkar
rak dia. Bila
aku terpandang pada
tangan dia, aku
tegur, mulalah merah
muka menahan malu.
Disuruhnya aku kemas
semula bilik dia.
Sakit betul hati
aku ni. Mujurlah
ada Dato’ di
situ. Kalau tak,
kesabaran aku memang
dah tak ada
tadi. Mahu aku
hambur semuanya sehingga
terpelanting gigi aku
ni,” Diela berkata
tidak puas hati. Turun naik
nafasnya menghamburkan kata
itu dengan laju.
Dia bersandar
di sofa dengan
malas sekali. Kepenatan.
Kasihan Diela. Abby
rasa geram dengan
sikap bos Diela
yang semacam alien tak
cukup sifat ini.
Kalaulah ditakdirkan dia
bertemu dengan Arrayyan
itu, mahu dia
lempang sampai lumat
pipi lelaki itu.
Kena pecat pun
dia rasa puas
sebab dah berjaya
tangankan si bos
yang sangat tak
beradab itu.
Kasihan Diela,
bagaikan robot yang
kehabisan bateri.
“Macam mana
dengan bakal pekerja
baru?” Abby menyoal
Diela. Diela mengeluh
lebih berat.
“Kau tau
tak? Memang takde harapan,”
Diela berkata lemah.
Mukanya bertambah sedih.
Abby ikut sedih
mendengarnya.
“Belum cuba
belum tahu. Kenapa
pulak ni?” Abby
menyoal.
“Sebab dah
cubalah aku tahu.
Beberapa orang saja
yang beri respons. Selepas itu
ada anonymous seorang, komen
kat iklan tu
yang bos di
Syarikat Avaloft itu
berperangai macam harem. Setan durjana
dan berbagai lagilah
kutukan. Dia pernah
bekerja di Syarikat
Avaloft dulu. Memang
failed. Semua yang request tu tak jadi
nak apply. Yang terdesak
pun ada empat
orang aje tapi semuanya
ranking bawahlah,
babe,” Diela
berkata tidak bersemangat.
Mata dipejamkan seketika.
Penat. Fikiran cuba
ditenangkan.
“Meh
sini aku nak
tengok calon-calon penerima
petir,” Abby menyoal.
Diela mengeluarkan laptopnya
dengan lemah dan
membuka internet. Selepas
itu dia menunjukkan
gambar dan resume setiap
responden yang ada.
“Ada empat
respons, satu pun
tak layak!” Diela
berkata selamba dengan
nada angkuh.
“Apa yang
tak kena dengan
dia ni? Cuba
kau cakap sikit
dengan aku? Apa
yang tak layaknya?
Okeylah ni!” Abby
berkata tegas bila
melihat gambar seorang
perempuan di dalam
skrin laptop Diela
itu. Diela memandangnya
lesu.
“Cuba kau
tengok dia ni
betul-betul. Tak menepati
piawai. Dia ni
tak ada kelayakan
akademik. SPM pun failed,”
Diela berkata lagi.
Kini dia sudah
memicit kepala.
“Kau ni.
Tak baiklah kutuk
dia macam tu,” Abby cuba
membela. Tapi, memang
betul pun. Kalau
tiada kelayakan SPM,
dan Diploma mahupun
Ijazah, bagaimana mahu
bekerja sebagai seorang
P.A kepada Arrayyan
yang perfectionist itu?
“Tak baik
sekarang, tak apa.
Dia bukan tahu
pun aku kutuk
dia. Kalau Arrayyan
tahu, macam mana
dia nak bertahan
dengan sumpah seranah
bos aku tu?
Teruk bos aku
maki dia nanti.
Aku tak boleh
terima dia. Sudahlah
pengalaman bekerja pun
tak ada. Bos
aku tu mulutnya
macam puaka haram!
Puaka haram pun
tak haram macam
tu,” Diela membela
diri serius. Abby
menahan suka. Diela
ini ada sahajalah
ayat yang boleh
menggeletek perutnya.
“Yang seorang
ni?” Abby menyoal calon
yang lainnya pula.
Nampaknya Diela mengambil
masa untuk menyedut
udara.
“Itu budak
baru habis SPM.
Keputusan tip top!” Diela
berkata selamba sambil
memeluk tubuh.
“So,
sesuailah ni!” Abby
berkata dengan riak
teruja. Namun, hanya
sementara sahaja keterujaan
dia bila dia
terpandangkan riak keruh
Diela.
“Kau tak
fikir ke kalau-kalau
dia nak sambung
belajar? Result dia gempak.
Kalau dapat tawaran
belajar, mana nak
cekau pekerja lain?
Sekejap aje ni. Budak,
sekali kena jerkah,
terus report mak abah.
Tak nak kerja!
Bos aku paling
pantang dengan orang
yang tak serius
bekerja. Balik-balik nanti
dia carinya aku
pulak dan makikan
aku sebab carikan
dia pekerja macam tu,”
Diela mengadu. Dia
memicit-micit otaknya.
Abby terangguk-angguk sendirian.
Ada benarnya juga
kata Diela itu. Budak
keputusan tip top, tiada
pengalaman bekerja pula.
Memang susah nak diterimalah.
Kasihannya. Tentu
payah untuk dia
memikirkan perkara ini.
“Okay, tell me
now, what’s wrong
with this lady?”Abby menyoal
Diela dengan menunjukkan
gambar responden yang
ketiga. Diela mengeluh
bertambah kuat. Kusut
pemikirannya.
“Yang ini
lagilah tak!” Diela
membentak. Abby semakin
berkerut.
“Lah, kenapa?”
Abby menyoal sedih.
Semuanya tak!
“Sebab dia
punya badan dan
muka dia,” Diela
berkata lagi perlahan.
Abby naik angin.
“Kau tak
baik tau tak?
Dia pun manusia
juga. Kalau gemuk
tak boleh bekerja
ke? Kalau halus
macam cicak kobeng
pun tak boleh
kerja ke? Kulit
gelap tak boleh
bekerja ke? Yang
albino tak boleh
ke?” Abby menempelak
Diela geram. Diela
menghembuskan nafasnya perlahan-lahan. Dia
sudah mengagak bahawa
Abby akan menghamburkan
dia kata-kata seperti
itu.
“Sebab dia
macam itulah aku
tak boleh terima. Aku
sedang kasihankan dia
bukannya sedang mengutuk
dia. Sebab dia
manusialah aku tak
sampai hati nak
ambil dia bekerja
gantikan tempat aku!”
Diela menjawab butir
bicara Abby. Abby
semakin panas!
“Hey kau
ni dah kenapa?!”
Abby sudah meninggikan
suara. Diela cuba
untuk bertenang. Katakan
apa sahaja mengenai
dia yang pasti,
dia sedang memikirkan
alasan sesuai kenapa
dia tega berkata
sebegitu.
“Kau jangan
salah anggap, babe. Aku
tak sampai hati
nak biarkan dia
dicerca bos nanti.
Sedangkan aku yang
bertelinga capang ini
pun dikutuknya hari-hari
setiap masa, inikan
pula perempuan ni.
Kau tak kesiankan
dia ke? Kalau
boleh, aku nak
cari yang perfect betul
supaya bos aku
tu tak marah-marah
dan pengganti aku
pun tak stres.
Kau tengok air
muka dia ni,
kau sendiri pun
dapat tahu yang
dia ada hati
yang lembut. Tak
mungkinlah dia dapat
bertahan dengan mulut
puaka haram saka
bos aku tu,”
Diela menerangkan sebab
dia berkata begitu
tadi. Abby terdiam
seketika.
“Babe,
sorry. Aku salah
anggap,” dia meminta
maaf. Diela mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Tak apa.
Aku faham. Aku
kasihankan diorang ni.
Serius. Aku pun
tak cantik. Selalu
kena kutuk dengan
bos aku. Telinga
macam gajahlah, apalah.
Sakit hati ni, tau
tak? Kau ingat
aku boleh ke
bagi kerja kat
orang macam ni
untuk dikutuk bos
setiap hari macam
aku?” Diela mengeluh.
Abby menunduk.
“Kejamnya bos
kau!” Abby mampu
berkata begitu sahaja.
sampai tergenggam tangannya
akibat merasa geram
dengan perangai bos
Diela yang tak
makan saman itu.
Patutlah Diela panggil
bos hantu. Memang
dah hantu perangainya!
“Ya, dia
bos yang kejam.
Kau tak tahu
yang budak despatch baru-baru
ni kena macam
mana dengan dia,”
Diela membuka cerita
pula. Abby menunggu
untuk mengetahui lebih lanjut
mengenai budak despatch itu.
Tentu nasibnya sama
macam mak cik cleaner
dulu...
“Kenapa?” dia menyoal dengan
penuh teruja.
“Dia cakap
macam ni, ‘yang
kau ni hidung
kembang semacam. Aku
rasa, aku tak
ada puji kau
pun!’. Macam itulah
dia kata pada
budak tu. Taulah
muka dia handsome tapi,
tak teragak nak
hina orang macam
tu. Merah muka
budak tu kena
tuba. Dah hidung
dia memang macam
tu, nak buat
macam mana?Reasonnya, budak tu
melangut kat depan
meja budak-budak office sebab
nak mengurat pekerja
dia. Salah budak
tu jugak tapi
bos aku tu
tak perlulah sampai menghina muka
orang,” Diela bersuara
bengang.
Abby mendengus
geram. Kalau dapat
dilanggar lari bos
Diela ini, sudah
lama dia buat.
Entah siapalah insan
malang yang sanggup
menemani hidup insan
bongkak dan angkuh
seperti Arrayyan itu.
Patutlah umur tiga
puluh satu pun
masih tidak berkahwin
lagi! Kecil-kecil tak
nak mati, besar-besar
menyusahkan hati orang!
Tempelak Abby di
dalam hati.
“Kejamnya!” Abby
bersuara bengang.
“Hah tau takpe.
Kalau kau tengok
calon keempat, kau
tak payah tanya
akulah. Kau sendiri
pun dapat jawapannya.
Tak sesuai,” Diela
berkata dengan tenang.
Abby mengepal penumbuknya.
Ada masa, dia
mahu ‘mengajar’ bos
Diela itu agar
menghormati orang.
“Aku dah
cakap pada bos
aku, ciri-ciri pengganti
aku. Dah dia
menganjing, aku cakaplah
ciri-ciri kau. Babe,
tolonglah aku?” Diela merayu
lagi. Abby menggeleng-gelengkan kepalanya.
Tak sanggup dia
dihina sebegitu oleh
bos Diela itu
nanti.
“Tak naklah!”
ditolaknya mentah-mentah.
“Alah. Tolonglah,
aku cakap macam
ni, orangnya cantik,
manis, telinga tak
besar macam saya,
langsing, tinggi sikit
daripada saya, berkarisma,
hidung mancung, mata
cantik, gigi tersusun,
jalan lenggang lenggok
tali kecapi. Aku
senaraikan ciri-ciri kaulah
babe. Aku
boleh buat apa?
Dia nak pekerja
yang macam tu.
Nanti, dia suruh
aku bawak kau,”
Diela bersuara cemas.
Abby terbuntang bagai
nak gila. Bukan
main lagi kau
puji aku ye
Diela?!!
“No way!” muktamad keputusan
Abby.
0 komen:
Post a Comment